Kalendar Islam

Masa

Tuesday, October 27, 2009

Jenis-jenis Imbuhan

Imbuhan terbahagi kepada

1. Awalan 2. Akhiran 3. Apitan 4. Sisipan



Awalan
be-, bel-, ber-

be- (awalan) + layar (kata dasar) + belayar (kata terbitan)

Kami belayar di laut ( ayat)

bel- (awalan) + ajar (kata dasar) + belajar (kata terbitan)
Abu sedang belajar mengaji (ayat)

ber- (awalan) + kebun (kata dasar) + berkebun (kata terbitan)
Ahmad berkebun sayur (ayat)


Awalan me-, mem-, men-, meng-, menge-, menye-, memper-


me- (awalan) + nanti (kata dasar) + menanti (kata terbitan)
Mak Putih menanti kepulangan (ayat)

mem- (awalan) + beli (kata dasar) + membeli (kata terbitan)
Raju membeli sebuah banglo mewah (ayat)

men- (awalan) + jadi (kata dasar) + menjadi (kata terbitan)
Ali bercita-cita menjadi pensyarah (ayat)

meng- (awalan) + hempas (kata dasar) + menghempas (kata terbitan)
Ombak tsunami itu menghempas pantai pada malam itu (ayat)

menge- (awalan) + pos (kata dasar) + mengepos (kata terbitan)
Ijoi mengepos surat kepada kawannya (ayat)

menye- (awalan) + sental (kata dasar) + menyental (kata terbitan)
Ibu menyental kekotoran pada seluar kakak (ayat)

memper- (awalan) + cepat (kata dasar) + mempercepat (kata terbitan)
Razak mempercepat langkah kerana ketakutan (ayat)





No comments:

komen