Kalendar Islam

Masa

Wednesday, November 25, 2009

Lokasi JPN Perak


Perisian Kewangan Terbaru (27..11.09)



Telah dihantar pada: Sat Nov 14, 2009 4:26 pm
Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Kepada semua PK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum.

Untuk makluman tuan, pihak Unit Kokurikulum telah mengemaskini dan menaiktarafkan aplikasi pelaporan kewangan tersebut kerana sebelum ini aplikasi tersebut mengalami beberapa kelemahan. Antaranya;
1. Tidak boleh memasukkan nilai sen di dalam sistem
2. Mengalami kesukaran untuk delete data sekira berlaku kesilapan

Sila hantar data pelaporan tersebut iaitu di dalam bentuk teks fail melalui email di alamat wahazra@gmail.com atau secara manual kepada saya selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 November 2009


Sila download melalui link di bawah,


Sekian, terima kasih.

Selamat menggunakan Aplikasi Sistem Pelaporan Kewangan Kokurikulum Ver 1.280209 (terkini).

Jamuan Akhir Tahun Guru & Kakitangan SKHMC (21.11.2009)


Monday, November 16, 2009

Kaedah Abjad


Kaedah pengajaran membaca ini merupakan kaedah yang tertua; iaitu pernah digunakan dalam zaman kerajaan Greek dan Rom. Dalam kaedah ini pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, pelajar akan diperkenalkan dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah pelajar menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat.

Kaedah ini membolehkan pelajar mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, kaedah ini akan melambatkan proses pemahaman kerana pelajar banyak menghabiskan masa untuk mengeja setiap perkataan,


Kaedah Fonik


Kaedah fonik atau bunyi suku kata menekankan penguasaan bunyi suku kata berbanding memperkenalkan huruf-huruf abjad. Dalam kaedah ini, pelajar didedahkan dengan bunyi-bunyi suku kata seolah-olah membaca sifir dalam matematik. Peringkat seterusnya ialah menyambungkan suku kata tersebut untuk menjadi perkataan. Contohnya pelajar diberikan daftar suku kata ba, ca, da, fa, ga, dan daripada suku kata tersebut guru membentuk perkataan baca, baba, daca, faga, dan sebagainya. Melalui hafalan bentuk suku kata ini pelajar boleh membaca dan membunyikan perkataan tersebut.

Kaedah ini sangat sesuai dengan bentuk bahasa Melayu yang fonemis sifatnya, iaitu semua huruf boleh dibunyikan secara tetap. Selain itu kaedah ini membolehkan pelajar mahir membaca lebih awal berbanding kaedah abjad. Namun kaedah ini tidak menggalakkan pembacaan kerana pelajar tidak bermotivasi apabila didedahkan dengan bunyi dan suku kata yang kadang-kadang tidak bermakna.

Friday, November 13, 2009

Hari Anugerah (21.11.2009)

Datanglah beramai-ramai ke SK Haji Mahmud.

Thursday, November 12, 2009

Beringat


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah...

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memnajangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.  

   

komen