Kaedah pengajaran membaca ini merupakan kaedah yang tertua; iaitu pernah digunakan dalam zaman kerajaan Greek dan Rom. Dalam kaedah ini pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, pelajar akan diperkenalkan dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah pelajar menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat.
Kaedah ini membolehkan pelajar mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, kaedah ini akan melambatkan proses pemahaman kerana pelajar banyak menghabiskan masa untuk mengeja setiap perkataan,
No comments:
Post a Comment